Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185). Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya. Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
Segala masalah,pasti ada jalan dan segala persoalan pasti ada jawapan.
Sabtu, 18 Disember 2010
Lima perkara yang elok disebut-sebut
5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1. Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk
2. Perbanyakkan menyebut Akhirat daripada menyebut urusan dunia.daripada
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian hal-hal kehidupan.
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5. Jangan menyebut-nyebut dan menampakkan keburukan atau keaiban diri orang lain.
Mungkin kita tidak sedar,kita masih melakukn juga. Dengan membaca ini,secara xsengaja,kita mengubah diri kita menjadi lebih baik.. Betulkn?.. :-)
Mungkin kita tidak sedar,kita masih melakukn juga. Dengan membaca ini,secara xsengaja,kita mengubah diri kita menjadi lebih baik.. Betulkn?.. :-)
Rahsia keajaiban solat
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (blackseed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.Jesteru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perbuatan yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas.Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
So,kita sedar betapa besarnya dan hikmah yang tersembunyi dalam solat,jadi mengapa mesti kita lalai untuk menjalankannya?.. :-)
So,kita sedar betapa besarnya dan hikmah yang tersembunyi dalam solat,jadi mengapa mesti kita lalai untuk menjalankannya?.. :-)
Kenali penyakit hati.
Tanda-tanda penyakit hati.
1) Tidak minat belajar
2) Mencintai dunia melebihi segalanya
3) Malas beribadah
4) Suka dipuji dan bermegah-megah diri.
5) Tidak suka kepada kebajikan
Cara untuk merawat hati.
1) Banyakkan berbuat ibadah
2) Banyakkan berzikir dapat membersihkan hati
3) Melakukan Qiamullail
4) Banyakkan berpuasa
5) Mencari sumber yang halal.
Jangan lah kamu mengikut orang yang telah kami lalaikan dan mengikut nafsu"
( Surah Al-Kahfi-28 )
Jika hati kita bersih,mesti tiada kegelisahan dan ketakutan. Hidup pasti bahagia. Insyaallah. :-)

Tanda-tanda orang bahagia menurut dalam Islam
Ini adalah tanda-tanda orang yang bahagia dalam Islam :
1) Menjauhkan diri daripada urusan-urusan dunia yang tidak penting dan yang cinta kepada akhirat.
-Berlaku adil
-Mencintai akhirat lebih dari mencintai dunia.
2) Kuat kemahuan untuk beribadah dan membaca al-quran
3) Orang yang sedikit bercakap dan banyak bekerja
4) Orang yang sentiasa menjaga solat 5 fardhu
5) Orang yang menjaa diri dari perkara yan haram dan syubahat
6) Tawaddu' (rendah diri), tidak takbur dan tidak sombong.
7) Bersikap dermawan lagi mulia
8) Belas kasihan kepada makhluk Allah yang lain
9) Bermanfaat kepada orang lain
10) Orang yang sentiasa mengingat mati.
So,mudah bukan?.. Sama2 lah kita capai kebahgiaan didunia dan akhirat. Insyaallah.. :-)

Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan
Sang Pencipta rezeki Yang Maha Mulia,serinkali mendapat cacian dari oran-oran yang pandir yan tidak berakal. Maka, apatah lagi aku n korang bukan?.. Dalam hidup kita ini, terutama jika korang seseorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha membanun, maka korang akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan pahit.
Mungkin pula,sesekali anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.Dan mereka akan tidak akan pernah berdiam mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam liang lahad.
Perlu diingat: orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh,dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati. Adapun mereka,marah dan kesal kepada anda kerana mungkin anda menungguli mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tindak-tanduk, atau harta. Jelasnya anda di mata mereka adalah orang berdosa yang tidak terampuni sampai anda melepaskan semua kurnia dan nikmat Allah yan ada pada diri anda.
Oleh sebab itu,berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan: kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan,cemuhan dan hinaan mereka! Bersikap lah laksana batu karang: tetap kukuh berdiri meskipun diterpa butiran-butiran salji yang menderanya setiap saat dan ia justeru semakin kukuh kerananya.
Jika anda merasa terusik dan terpengaruh oleh kritikan atau cemuhan mereka, bererti anda telah meloloskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan anda. Padahal yang terbaik adalah menjawap atau tindak balas kritikan mereka dengan menunjukkan akhlaq yan baik. Acuhkan saja mereka, dan jangan anda rasa tertekan oleh setiap angkara mereka untuk menjatuhkan anda! Sebab,kritikan mereka yan menyakitkan itu adalah penghormatan untuk anda,semakin tinggi darjat anda,maka semakin pedas pula kritikannya..
Dan cukup lah berdiam diri dan teguh berdiri dan setiap perkataan mereka sebagaimana yang diperintahkan Allah Ta'ala di dalam firmannya ini:
.......matilah kamu dengan kemarahan kamu itu...(Ali-'Imran: 119 )
Dan kesimpulan,jangan la korang susah hati dengan setiap kritikan orang. Sebenarnya setiap kritikan itu bukan menjatuhkan kita malah menaikkan semangat kita lagi untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. :-)

Yang lalu,biarlah berlalu..
Jangan la kita mengingati masa lalu dan menghadirikan kembali dalam kehidupan kita sekarang kemudian bersedih diatas kedukaan dan kegagalan di dalamnya kerana itu adalah suatu tindakan yang bodoh dan gila.
Ia jua seakan membunuh semangat ,membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.
Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.
Orang yan berusaha kembali ke masa lalu,adalah tidak ubah seperti orang menggiling tepung,padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek moyan kita dahulu yang patut direnungkan orang yang menangis masa lalu : "Janganlah kalian keluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya."
Dalam riwayat diceritakan,bahawa terdapat segolongan orang yabg mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanyakan kepada keldai: "Menapa enkau tidak mahu merenungi apa yan telah berlalu?."
Keldai itu menjawap : "Kerana aku tidak suka kebohongan."
Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang,kerana angin akan terus ke depan; setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu,jangan lah menyalahi sunnah khalifah.
So, kenapa kita mesti mengenang perkara yang sudah lepas kn?.. Pandang la kehadapan, kerana masih ada lagi perjalanan yang kita harus lalui. Kalau kita bersedih mengenang perkara yang sudah lepas,mcm mane kita nak mengharungi hari akan datang bukan?..
Jangan la pikirkan hal yang lepas ok?..

Langgan:
Catatan (Atom)