Sabtu, 18 Disember 2010

Kenapa doa kita tidak dimakbulkan tuhan

Ketika Ibrahim bin Adham [saorang ahli tasawwuf) yang terkenal berada ditengah tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni orang ramai. Diantara mereka ada yang bertanya:

mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kapadanya.

Beliau menjawab itu adalah kerana hati kamu buta disebabkan oleh sapuluh perkara.

Pertama:Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.

Kedua :Kamu sangka kamu cinta kapada Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.

Ketiga :Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

Keempat :Kamu telah makan dan menikmati nikmat dan rahmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan kesyukurannya.

Kelima :Kamu telah berkata bahawa syaitan musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

Keenam :Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya

Ketujuh :Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari dari padanya

Kelapan :Kamu telah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

Kesembilan:Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

Kesepuluh.Kamu kebumikan mayat mayat mereka tetapi kamu tidak mengambil iktibar [pelajaran] daripada mereka

so, mesti kamu terjawap kenapa doa kamu tidak dimakbulkn tuhan.. :-)

Petikan ini diambil daripada Hadith 40 karangan Imam Nawawi
Wallahua'lam..





                          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan