Selasa, 21 Disember 2010

Jadilah diri anda sendiri.

Assalamualaikum.. :-)

Disini aku ingin berkongsi sesuatu kepada korang tentang tajuk yang berkaitan.. Mungkin ramai dalam perhatian aku,yg cuba2 untuk jadi seperti orang lain. mungkin mereka sikit sebanyak mengubah darjat mereka. Ada orang yang suka mengikut rentak orang lain,kerana ingin dirinya seperti orang yang rasa begitu sempurna bagi dirinya. Rasenya mcm xslh tp kalau berlebih-lebihan itu yan menjadi masalah, kn2?.. Bagi aku,aku memang cuba jadi diri aku sendiri. Mengembangkan kelebihan diri aku sendiri. Walau diri aku xglamour mcm orang lain,aku sentiasa bersyukur dengan sifat dan kelebihan yang ada dalam diri aku. Macam tu jugak dengan korang bukan?.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. So,hayatilah keadaan diri anda dan jangan lah di banding2kan dengan orang lain. Dengan ini,hidup anda pasti lebih bahagia. Insyaallah.. :-)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Al-Baqarah,ayat 148 :

Dan bagi tiap-tiap umat ada qiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan....

Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan dia menigikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat....(Al-An'am: 165 )


.....sunguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) ...(Al-Baqarah: 60)

     Setiap manusia memiliki kelebihan,potensi dan bakat masing-masing. Dan salah satu keagungan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam adalah kemampuannya untuk menempatkan setiap sahabatnya sesuai denan kemampuan, bakat dan potensi mereka masing-masing. Ali Radhiyallahu 'anhu misalnya ditugaskan dalam bidang kehakiman, Mu'adz Radhiyallahu 'anhu dalam bidang ilmu pengetahuan, Ubay Radhiyallahu 'anhu dalam bidang Al-quran, Zaid Radhiyallahu 'anhu dalam bidan faraidh, Khalid bin al-Walid Radhiyallahu 'anhu dalam bidang jihad, Hassan Radhiyallahu 'anhu dalam bidang sastera, dan Qais bin Tsabit Radhiyallahu 'anhu dalam bidang kithabah.

     Menyatu serta hanyut dalam keperibadian orang lain pada hakikatnya adalah membunuh diri, manakala memakai baju keperibadian orang lain adalah sebuah pembunuhan yang terancang.

    Di antara salah satu kebesaran Allah 'azza wa Jalla adalah perbezaan sifat yang ada pada manusia dan perwatakan yang mereka miliki serta perbedaan bahasa dan warna kulit mereka. Abu Bakar Radhiyallahu 'anhu dengan kelembutan dan wataknya yang pengasih telah memberikan manfaat bg umat dan agamanya. Umar Radhiyallahu 'anhu dengan sikapnya yang keras dan tegasnya telah membangkitkan Islam dan para pemeluknya.

   Dengan kata lain,menerima dengan kerelaan setiap anugerah dan pemberian Allah yang ada pada diri anda. Oleh sebab itu, kembangkanlah, tumbuhkanlah, dan dapatkanlah manfaat darinya.


Allah tidak membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. (Al-Baqarah: 286)


Jadilah diri anda sendiri,jangan terikut-ikut dengan cara orang. Setiap orang ada kelebihan dan kekuranan masing-masing. Bersyukurlah dengan setiap kejadian yan telah diberi Allah Subhanahu wa'Taala. Hati yang sentiasa bersyukur dengan nikmat tuhan yang maha esa,hidup pasti bahagia. :-)   

                                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan