Rabu, 29 Disember 2010

Hari Ini Milik Anda

Assalamuailaikum.

Hari-demi hari anda lalui. Suka dan duka dalam perjalanan yang berliku. Mesti ada diantara kita yang berasa gembira melalui kehidupan hari mereka dan ada juga yang berasa sedih kerana sesuatu perkara. Yang menambah beban kan,kesedihan itu makin berpanjangan. Kenapa kita harus bersedih dan mengenang sesuatu perkara dan khabar berita yang sudah berlalu?.. Lupakan perkara yang berlalu dan tanamkan dalam hati anda,bahawa HARI INI MILIK ANDA!!!!

Apabila anda berada di pagi hari,janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yan menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datangnya.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siang menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda,maka manfaatlah hari itu dengan sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda seakan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Dan pada hari inilah,anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyu',membaca AL-QURAN secara mendalam,merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati,keseimbangan dalam segala hal,keindahan dalam akhlaq,kerelaan dengan semua yang ALLAH berikan, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberikan manfaat kepada orang lain.

Untuk hari ini,anda harus mulai membahagikan waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan, mengingat Tuhan, dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian, hidup anda lpada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman, dan tenteram, serta menerima rezeki isteri,suami,anak-anak,tugas-tugas,tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur.


Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadikanlah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-A'raf: 144)

Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian atau sakit hati.

Jangan lupa, hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda bekerja: "Hari ini adalah milikmu."Yakni; apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih berfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin, yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi yang anda makan esok hari, padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.

Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat, anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip; "Masa hidupku hanyalah pada hari ini." Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan,sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.


   " Wahai masa depan, engkau masih dalam kehaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan