Rabu, 29 Disember 2010

Hari Ini Milik Anda

Assalamuailaikum.

Hari-demi hari anda lalui. Suka dan duka dalam perjalanan yang berliku. Mesti ada diantara kita yang berasa gembira melalui kehidupan hari mereka dan ada juga yang berasa sedih kerana sesuatu perkara. Yang menambah beban kan,kesedihan itu makin berpanjangan. Kenapa kita harus bersedih dan mengenang sesuatu perkara dan khabar berita yang sudah berlalu?.. Lupakan perkara yang berlalu dan tanamkan dalam hati anda,bahawa HARI INI MILIK ANDA!!!!

Apabila anda berada di pagi hari,janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yan menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datangnya.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siang menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda,maka manfaatlah hari itu dengan sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda seakan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Dan pada hari inilah,anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyu',membaca AL-QURAN secara mendalam,merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati,keseimbangan dalam segala hal,keindahan dalam akhlaq,kerelaan dengan semua yang ALLAH berikan, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberikan manfaat kepada orang lain.

Untuk hari ini,anda harus mulai membahagikan waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan, mengingat Tuhan, dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian, hidup anda lpada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman, dan tenteram, serta menerima rezeki isteri,suami,anak-anak,tugas-tugas,tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur.


Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadikanlah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-A'raf: 144)

Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian atau sakit hati.

Jangan lupa, hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda bekerja: "Hari ini adalah milikmu."Yakni; apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih berfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin, yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi yang anda makan esok hari, padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.

Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat, anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip; "Masa hidupku hanyalah pada hari ini." Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan,sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.


   " Wahai masa depan, engkau masih dalam kehaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."

   

Rabu, 22 Disember 2010

Maafkan orang yang menyakiti itu lebih baik

Assalamualaikum..

Disini aku ingin berkongsikan kebaikan memmaafkan kesalahan orang lain yang telah menyakitkan hati kita. Ada sesetenah orang,amat berat untuk meminta maap dan ada juga yang berat sangat untuk memaafkan kesilapan orang lain. Mungkin kerana sikap hasad dengki dan ketidak puasan hati kita sesama kita menyebabkan kita susah untuk memaapkan orang lain. Aku kadang2 ada rasa macam itu tp apa kan daya,aku rasa,aku juga tidak kurangnya. Setiap makhluk di bumi ini pasti akan melakukan kesilapan,so,rasanya xmenjadi masalah kita memaafkan orang lain. Tapi dengan hati yang ikhlas untuk memaafkn mereka.

Harga hukuman (qisas) sangatlah mahal dan itulah yang harus dibayar pendendam dan pendengki, iaitu orang yang menderita kerana dendam dalam hatinya. Jika ia ingin membalas dendamnya ia harus mengorbankan hatinya,dagingnya, darahnya, perasaannya, kebahgiaannya, Akhirnya,hanya kerugian yang akan diperolehi.

   Dan sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengkhabarkan kepada kita tentang ubat dan penyembuhan dari penyakit ini, sebagaimana di dalam surah Ali'Imran, ayat 134:


.....dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang..

Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh. (Al-A'raf: 199)

.....tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, dan tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah dia telah menjadi teman yan amat setia. (Fushshilat: 34)

Cubalah maaf dan memaafkan sesama kita,kan lebih baik dari kita menyakiti hati sesama kita. Kenapa kita perlu menyiksakan diri kita sendiri. Betulkn?.. Jika kita ada buat salah,mohon lah maaf pada dia,kalau dia tidak memaafkn,tidak mengapa,sekurang-kurangnya tanggungjawap kita untuk mohon maaf atas kesalahan kita,kita sudah jalankn. Jadi ini antara dia dengan tuhan sahaja. Mudah bukan?.. Insyaallah.. :-)










                                                  

Selasa, 21 Disember 2010

Jadilah diri anda sendiri.

Assalamualaikum.. :-)

Disini aku ingin berkongsi sesuatu kepada korang tentang tajuk yang berkaitan.. Mungkin ramai dalam perhatian aku,yg cuba2 untuk jadi seperti orang lain. mungkin mereka sikit sebanyak mengubah darjat mereka. Ada orang yang suka mengikut rentak orang lain,kerana ingin dirinya seperti orang yang rasa begitu sempurna bagi dirinya. Rasenya mcm xslh tp kalau berlebih-lebihan itu yan menjadi masalah, kn2?.. Bagi aku,aku memang cuba jadi diri aku sendiri. Mengembangkan kelebihan diri aku sendiri. Walau diri aku xglamour mcm orang lain,aku sentiasa bersyukur dengan sifat dan kelebihan yang ada dalam diri aku. Macam tu jugak dengan korang bukan?.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. So,hayatilah keadaan diri anda dan jangan lah di banding2kan dengan orang lain. Dengan ini,hidup anda pasti lebih bahagia. Insyaallah.. :-)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Al-Baqarah,ayat 148 :

Dan bagi tiap-tiap umat ada qiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan....

Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan dia menigikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat....(Al-An'am: 165 )


.....sunguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) ...(Al-Baqarah: 60)

     Setiap manusia memiliki kelebihan,potensi dan bakat masing-masing. Dan salah satu keagungan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam adalah kemampuannya untuk menempatkan setiap sahabatnya sesuai denan kemampuan, bakat dan potensi mereka masing-masing. Ali Radhiyallahu 'anhu misalnya ditugaskan dalam bidang kehakiman, Mu'adz Radhiyallahu 'anhu dalam bidang ilmu pengetahuan, Ubay Radhiyallahu 'anhu dalam bidang Al-quran, Zaid Radhiyallahu 'anhu dalam bidan faraidh, Khalid bin al-Walid Radhiyallahu 'anhu dalam bidang jihad, Hassan Radhiyallahu 'anhu dalam bidang sastera, dan Qais bin Tsabit Radhiyallahu 'anhu dalam bidang kithabah.

     Menyatu serta hanyut dalam keperibadian orang lain pada hakikatnya adalah membunuh diri, manakala memakai baju keperibadian orang lain adalah sebuah pembunuhan yang terancang.

    Di antara salah satu kebesaran Allah 'azza wa Jalla adalah perbezaan sifat yang ada pada manusia dan perwatakan yang mereka miliki serta perbedaan bahasa dan warna kulit mereka. Abu Bakar Radhiyallahu 'anhu dengan kelembutan dan wataknya yang pengasih telah memberikan manfaat bg umat dan agamanya. Umar Radhiyallahu 'anhu dengan sikapnya yang keras dan tegasnya telah membangkitkan Islam dan para pemeluknya.

   Dengan kata lain,menerima dengan kerelaan setiap anugerah dan pemberian Allah yang ada pada diri anda. Oleh sebab itu, kembangkanlah, tumbuhkanlah, dan dapatkanlah manfaat darinya.


Allah tidak membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. (Al-Baqarah: 286)


Jadilah diri anda sendiri,jangan terikut-ikut dengan cara orang. Setiap orang ada kelebihan dan kekuranan masing-masing. Bersyukurlah dengan setiap kejadian yan telah diberi Allah Subhanahu wa'Taala. Hati yang sentiasa bersyukur dengan nikmat tuhan yang maha esa,hidup pasti bahagia. :-)   

                                        

Isnin, 20 Disember 2010

Ber'uzlah (mengasingkan diri),Tentu anda akan memperolehi manfaat. (Mesti Baca)

Assalamualaikum..

Disini aku ingin kongsikan sedikit pengalaman dengan tajuk ini. Mengasingkan diri?.. Apa yang korang paham tentang mengasingkan diri?.. heheh.. Mengaingkan diri bererti mejauhkan diri dari bercampuran dan bersendirian. Betulkan?.. Kalau salah,maap la ek. Aku penah mengalami ini. Disaat ini mmg mcm2 yang aku lalui. Dihina orang,dingata belakang dan mcm2 lagi. Mmg kdang2 strees dengan apa yg dikatakn orang. Tp apa kn daya,aku mampu bersabar dan aku tanamkan dalam niat hatiku,apa yang terjadi,hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui. Saat aku mengasingkan diri,aku diuji mcm pelbagai dugaan. Antaranya,di ngata belakang oleh kawan2 kerana aku tidak disukai orang dan mcm2 lagi.. Sedih jugak macam2 pandangan orang terhadap aku. Tapi aku sabar dan sabar menunggu pertolongan dari tuhan yang maha esa. Dalam ketika itu,aku bnyakkan mengingat allah tuhan yg esa dengan berzikir,aku buat solat tahajud dan banyakkan solat taubat. Memang sedih saat itu. Ada kalanya aku rse seperti mcm nk bunuh diri jek. Ai.. Aku gagah kn diri,aku percaya dengan pertolongan tuhan yang esa,aku masih boleh berfikir positif dan pada masa yang sama,aku dpt musahabahkan diri. Otak aku sentiasa mencari jln penyelesaian. Kadang2 mcm nk gila rsenya. Kadang2 aku nak pergi tengah-tengah ramai orang dan menjerit sekuat hati,tapi aku gagahkn diri dengan mengingat tuhan yg maha esa.Sebenarnya klu nak dicerita lagi,memang xtercerita. Tapi ada niat lain yang sebenar yang membuat aku mengasingkan diri. Apa niat aku tu?.. Secara jujur,aku setelah apa yg aku alami,aku terjumpa sesuatu yang buat aku rse lebih yakin. Nak tau apa dia yg aku maksudkan?.. Ok,ini lah dia..

                                                   

Merujuk kitab Al-'Uzlah karangan Al-Khitabi.

Yang saya maksudkan dengan 'uzlah (pengasingan diri) di sini adalah ber'uzlah dari segala bentuk kejahatan dan keharusan yang berlebihan, Ber'uzlah seperti ini akan membuat dada menjadi lapang dan mengikis semua kesedihan.

    Ibnu Taimiyyah mengatakan: "Tidak dapat tidak seseoran hamba itu harus ber'uzlah untuk beribadah kepada Allah, berzikir kepadaNya,membaca ayat-ayatNya, melakukan musahabah terhadap dirinya, berdia kepadaNya, memohon keampunanNya, menjauhkan diri dari kejahatan dan sebagainya.

    Ibnu Al-Jauzi telah menuliskan tiga fasal tentang 'uzlah di dalam bukunya Shaidatul Khathir, yang ringkasannya demikian: "Saya tidak melihat dan mendengar manfaat yan lebih besar daripada 'uzlah. Kerana 'uzlah adalah sebuah ketenangan, sebuah tindakan, sebuah keagungan, sebuah kemuliaan, sebuah tindakan menjauhkan diri dari keburukan, dan kejahatan, salah satu cara untuk menjaa kehormatan dan waktu, sebuah cara untuk menjaga usia, sebuah tindakan menjauhi orang-orang yang dengki, yang suka mengusik dan yan mencela, sebuah renungan tentang akhirat, sebuah persediaan untuk bertemu Allah, merai ketaatan, membawa fikiran pada hal-hal yan bermanfaat, mengeluarkan kandungan hikmah yan terpendam dan mengambil hukum dari nash-nash yang ada."

       Tentang  keutamaan 'uzlah yang saya fahami dan yang telah saya ringkaskan.

     Telah saya katakan pada perbahasan sebelumnya bahawa dalam 'zlah itu terdapat sebuah kemuliaan yg hanya diketahui Allah sahaja. Dalam ber'uzlah terjadi penembanan daya berfikir, pencapaian pada sebuah hasil pemikiran, penenangan kalbu, menggapai keselamatan harga diri, mendapat limpahan pahala, mencegah diri dari kemunkaran, meraih segala ketaatan, ada waktu untuk mengingat Sang Maha Pengasih, menjauhkan diri dari glamour dunia yan menyilau, menjauhkan diri dari segala fitnah, ada usaha untuk menjauhkan diri dari kepungan musuh, ada kesempatan untuk tidak mencela orang lain, ada kesempatan untuk tidak mencela orang lain, ada pemenuhan hak-hak, ada kesempatan untuk bersabar terhadap orang bodoh.

    Dalam ber'uzlah jua terdapat tabir untuk menutupi aurat: yakni aurat berupa aurat lisan, kesalahan melangkah, penyimpangan fikiran, dan kecenderunan jiwa jahat. Di dalam 'uzlah anda akan mempunyai banyak waktu untuk merenung, menghayati, bertafakkur, dan bertadabbur.

    Pada masa yang sama ber'uzlah roh beradadalam kegembiraan, hati berada dalam kebahagiaan terbesar, dan nurani penuh dengan sesuatu bermanfaat. Jangan riya' pada waktu ber'uzlah sebab ketika itu tiada yang melihat kecuali Allah. Dan jangan perdengarkan percakapan anda kepada sesama manusia; sebab yan melihat hanya Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

    Setiap orang yang cerdas dan kreatif,para tokoh sejarah, orang yang kuat, orang yang telah mewarnai sejarah dan orang yan menjadi ikutan, mereka semua menyirami tanaman kemuliaan mereka dengan ber'uzlah hingga mereka boleh berdiri tegak.

    Sebahagian orang berkata: Orang yang mulia mencintai 'uzlah,maka itu adalah kemuliaan baginya.


So,apa pendapat korang selepas baca ini?.. Bagi aku,ini semangat untuk aku. Maknnya aku bukan gila atau mmpunyai masalah psikologi. Tp dengan apa yang jd,mmg aku dapat hikmahnya. Walau pon belum tercatat lagi dalam diri aku,aku sudah berjaya,insyaallah,kita sama2 usahakan dan mencapai matlamat dalam hidup. Insyaallah. Aku sedar,aku hanya lah insan yang hina dan kerdil,mungkin aku banyak dosa,jd aku bersyukur pintu taubat sudah terbuka untuk aku. Sebaik-baik orang melakukan dosa adalah selepas ia ingin bertaubat. Aku bukan hendak mengajar,xlayak rsenya,tp hanya berkongsi sesuatu yang baik. Korang buatlah kesimpulan,kerana aku dah mencari jawapan apa yang yg terjadi pada aku selama ini,baik atau buruk. Semoga,tuhan memperkenankan doa korang dan juga aku untuk menjadi orang berjaya selepas ber'uzlah. Insyaallah.. :-)




                                              

Ahad, 19 Disember 2010

Sinkirkan kebosanan dalam hidup anda.

Bosan?.. Semua orang akan merasa bosan. Kenapa kita bosan?.. Kadan2 akibat dari bosan juga lita boleh stress.. Betulkan?..
                                                       
                                                      

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Al-Insyirah, ayat 1:


Bukankah kami melapangkan nutukmu dadamu.

     Ayat ini bersifat umum untuk setiap orang yang menerima kebenaran,yan melihat cahaya dan yan menempuhi hidayah. Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman :
Maka apakah orang-orang yg dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) aama Islam, lalu ia mendapat cahaya Rabbnya (sama dengan orang yg membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah...(Az-Zumar:22)

    Maka ayat tersebut menjelaskan bahawa kebenaran akan melapangkan dada dan kebatilan akan membuathati jadi keras.

   Pepatah cina ada menyebut: "Janganlah anda mengambarkan sebuah jambatan sebelum anda melaluinya."
   Maksudnya : Jangan anda mengambarkan suatu peristiwa,termasuk keburukan dan bencana yang ada di      dalamnya sehingga anda sendiri mengalaminya dan merasakannya.

    Salah seorang ulama salaf pernah mengatakan: "Wahai anak adam, hidupmu itu tiga hari sahaja: Hari kelmarin yan berlalu,hari esok yan belum tiba dan hari ini saat kau menjalaninya,maka bertaqwalah kepada Allah dalam menjalaninya!"

   Bagaimana mungkin orang yang menanggung beban kesedihan masa lalu dan kecemasan terhadap masa depan dapat hidup dengan tenang hari ini? Bagaimana mungkin orang yang selalu mengingat-ingat sesuatu yg telah berlaku akan tenang hidupnya hari ini? Maka mengingati kembali kesedihan dan menyakitkan keatasnya adalah tidak mendatangkan sebarang manfaat baginya.


Renungan:
 Jangan bersedih,sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahgiaan dan ketenangan hati anda. Oleh sebab itu, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan,jangan anda tukar kebahgiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yg masih tersisa kerana sesunguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mensia-siakan waktu..

So,buat lah perkara yan berfaedah bila ada kelapangan. Jangan membuta jek xsudah2. hehhe.. :-)

Perbanyakkan istighfar,Sesungguhnya tuhan kamu maha pengampun

Dalam Sebuah hadith yan diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi disebutkan bahawa:

Sebaik-baik ibadah adalah menungu datangnya dari Allah (sambil tatkala tertimpa musibah)


Firman Allah Subahanahu wa Ta'ala :


....bukankah Subuh itu sudah dekat?(Hud: 81)

    Bangkit lah segera,wahai orang-orang yan bersedih dan cemas. Sesunguhnya matahari telah terbit dan sambutlah kemenangan yang dianugerahkan oleh Yang Maha Memberi Kemenangan.

    Pepatah Arab menyebutkan: "Jika seutas tali sudah sangat meregang,nescaya ia akan segera putus!"
Maksudnya: Apabila suatu persoalan semakin rumit,maka tungulah jalan keluarnya.

                    Allah Subhanahu wa'Ta'ala berfirman :


....barangsiapa yang bertaqwa kepada allah,nescaya Dia akn mengadakan baginya jalan keluar. (Ath-Thalaq:2)

....dan baransiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia akan menhapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahalanya. (Ath-Thalaq: 5)


Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. (al-Insyirah: 5-6)


......ingatlah,sesunguhnya pertolonan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah:214)

Renungan:

Jangan bersedih kerana anda masih memiliki doa, anda boleh bersimpuh dihadapan pintu-pintu Tuhan Yan Maha Kuasa,memohon agar diberikan ketenangan. Anda jua masih memiliki waktu sepertiga akhir malam sebagai waktu mustajabah dan masih memiliki waktu untuk menyerahkan segalanya kepada Allah dalam sujud.


Lihatlah,sesunguhnya,setiap masalah pasti akan terjawap. Jangan dok bersedih lagi,berdoa lah pada Allah,dan mintak lah petunjuk darinya. Insyallah.. :-)

Sabtu, 18 Disember 2010

Bila melihat keburukan orang...

Kita memang mudah melihat keburukan orang lain dan teramat susah untuk melihat keburukan diri sendiri. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita kaitkannya dengan diri kita. Contoh: Sedang kita duduk di masjid, datang seorang pemuda dan sembahyang. Kita lihat pemuda itu solat tak khusyuk, badannya goyang sana goyang sini. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la mamat ni, sembahyang tak khusyuk." Pada masa yg sama kita lupa yg kita sendiri pun sembahyang tak khusyuk! Kadang-kadang program untuk satu minggu pun kita boleh fikirkan masa tengah sembahyang. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita pastikan yg kita tidak melakukannya. Jika kita pun lakukan, maka hendaklah kita perbaiki diri kita. Selain itu, hendaklah kita lihat kebaikan orang lain. Macam contoh mamat tadi. Lihat kebaikannya. Hati kita akan berkata:"Bagus mamat ni, rajin datang masjid. Aku ni kadang-kadang je datang. Sembahyang Juamaat je aku selalu datang." Bila kita lihat kebaikan orang, hendaklah juga kita berusaha untuk baiki diri. Contoh 2: Masa kita dalam masjid tadi, datang pula seorang pakcik tua dan dia baca Qur'an. Kita dengar pakcik ni baca tersangkut-sangkut. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la pakcik ni, baca Qur'an pun tak betul." Pada masa yg sama, kita lupa yg kita ni dah berbulan-bulan tak baca Qur'an. Oleh itu, hendaklah kita lihat kebaikannya bukan keburukan orang lain. Sepatutnya kita berkata:"Bagus pakcik ni, rajin baca Qur'an." Banyak lagi contoh-contoh lain. WaAllahu 'Alam....