Isnin, 20 Disember 2010

Ber'uzlah (mengasingkan diri),Tentu anda akan memperolehi manfaat. (Mesti Baca)

Assalamualaikum..

Disini aku ingin kongsikan sedikit pengalaman dengan tajuk ini. Mengasingkan diri?.. Apa yang korang paham tentang mengasingkan diri?.. heheh.. Mengaingkan diri bererti mejauhkan diri dari bercampuran dan bersendirian. Betulkan?.. Kalau salah,maap la ek. Aku penah mengalami ini. Disaat ini mmg mcm2 yang aku lalui. Dihina orang,dingata belakang dan mcm2 lagi. Mmg kdang2 strees dengan apa yg dikatakn orang. Tp apa kn daya,aku mampu bersabar dan aku tanamkan dalam niat hatiku,apa yang terjadi,hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui. Saat aku mengasingkan diri,aku diuji mcm pelbagai dugaan. Antaranya,di ngata belakang oleh kawan2 kerana aku tidak disukai orang dan mcm2 lagi.. Sedih jugak macam2 pandangan orang terhadap aku. Tapi aku sabar dan sabar menunggu pertolongan dari tuhan yang maha esa. Dalam ketika itu,aku bnyakkan mengingat allah tuhan yg esa dengan berzikir,aku buat solat tahajud dan banyakkan solat taubat. Memang sedih saat itu. Ada kalanya aku rse seperti mcm nk bunuh diri jek. Ai.. Aku gagah kn diri,aku percaya dengan pertolongan tuhan yang esa,aku masih boleh berfikir positif dan pada masa yang sama,aku dpt musahabahkan diri. Otak aku sentiasa mencari jln penyelesaian. Kadang2 mcm nk gila rsenya. Kadang2 aku nak pergi tengah-tengah ramai orang dan menjerit sekuat hati,tapi aku gagahkn diri dengan mengingat tuhan yg maha esa.Sebenarnya klu nak dicerita lagi,memang xtercerita. Tapi ada niat lain yang sebenar yang membuat aku mengasingkan diri. Apa niat aku tu?.. Secara jujur,aku setelah apa yg aku alami,aku terjumpa sesuatu yang buat aku rse lebih yakin. Nak tau apa dia yg aku maksudkan?.. Ok,ini lah dia..

                                                   

Merujuk kitab Al-'Uzlah karangan Al-Khitabi.

Yang saya maksudkan dengan 'uzlah (pengasingan diri) di sini adalah ber'uzlah dari segala bentuk kejahatan dan keharusan yang berlebihan, Ber'uzlah seperti ini akan membuat dada menjadi lapang dan mengikis semua kesedihan.

    Ibnu Taimiyyah mengatakan: "Tidak dapat tidak seseoran hamba itu harus ber'uzlah untuk beribadah kepada Allah, berzikir kepadaNya,membaca ayat-ayatNya, melakukan musahabah terhadap dirinya, berdia kepadaNya, memohon keampunanNya, menjauhkan diri dari kejahatan dan sebagainya.

    Ibnu Al-Jauzi telah menuliskan tiga fasal tentang 'uzlah di dalam bukunya Shaidatul Khathir, yang ringkasannya demikian: "Saya tidak melihat dan mendengar manfaat yan lebih besar daripada 'uzlah. Kerana 'uzlah adalah sebuah ketenangan, sebuah tindakan, sebuah keagungan, sebuah kemuliaan, sebuah tindakan menjauhkan diri dari keburukan, dan kejahatan, salah satu cara untuk menjaa kehormatan dan waktu, sebuah cara untuk menjaga usia, sebuah tindakan menjauhi orang-orang yang dengki, yang suka mengusik dan yan mencela, sebuah renungan tentang akhirat, sebuah persediaan untuk bertemu Allah, merai ketaatan, membawa fikiran pada hal-hal yan bermanfaat, mengeluarkan kandungan hikmah yan terpendam dan mengambil hukum dari nash-nash yang ada."

       Tentang  keutamaan 'uzlah yang saya fahami dan yang telah saya ringkaskan.

     Telah saya katakan pada perbahasan sebelumnya bahawa dalam 'zlah itu terdapat sebuah kemuliaan yg hanya diketahui Allah sahaja. Dalam ber'uzlah terjadi penembanan daya berfikir, pencapaian pada sebuah hasil pemikiran, penenangan kalbu, menggapai keselamatan harga diri, mendapat limpahan pahala, mencegah diri dari kemunkaran, meraih segala ketaatan, ada waktu untuk mengingat Sang Maha Pengasih, menjauhkan diri dari glamour dunia yan menyilau, menjauhkan diri dari segala fitnah, ada usaha untuk menjauhkan diri dari kepungan musuh, ada kesempatan untuk tidak mencela orang lain, ada kesempatan untuk tidak mencela orang lain, ada pemenuhan hak-hak, ada kesempatan untuk bersabar terhadap orang bodoh.

    Dalam ber'uzlah jua terdapat tabir untuk menutupi aurat: yakni aurat berupa aurat lisan, kesalahan melangkah, penyimpangan fikiran, dan kecenderunan jiwa jahat. Di dalam 'uzlah anda akan mempunyai banyak waktu untuk merenung, menghayati, bertafakkur, dan bertadabbur.

    Pada masa yang sama ber'uzlah roh beradadalam kegembiraan, hati berada dalam kebahagiaan terbesar, dan nurani penuh dengan sesuatu bermanfaat. Jangan riya' pada waktu ber'uzlah sebab ketika itu tiada yang melihat kecuali Allah. Dan jangan perdengarkan percakapan anda kepada sesama manusia; sebab yan melihat hanya Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

    Setiap orang yang cerdas dan kreatif,para tokoh sejarah, orang yang kuat, orang yang telah mewarnai sejarah dan orang yan menjadi ikutan, mereka semua menyirami tanaman kemuliaan mereka dengan ber'uzlah hingga mereka boleh berdiri tegak.

    Sebahagian orang berkata: Orang yang mulia mencintai 'uzlah,maka itu adalah kemuliaan baginya.


So,apa pendapat korang selepas baca ini?.. Bagi aku,ini semangat untuk aku. Maknnya aku bukan gila atau mmpunyai masalah psikologi. Tp dengan apa yang jd,mmg aku dapat hikmahnya. Walau pon belum tercatat lagi dalam diri aku,aku sudah berjaya,insyaallah,kita sama2 usahakan dan mencapai matlamat dalam hidup. Insyaallah. Aku sedar,aku hanya lah insan yang hina dan kerdil,mungkin aku banyak dosa,jd aku bersyukur pintu taubat sudah terbuka untuk aku. Sebaik-baik orang melakukan dosa adalah selepas ia ingin bertaubat. Aku bukan hendak mengajar,xlayak rsenya,tp hanya berkongsi sesuatu yang baik. Korang buatlah kesimpulan,kerana aku dah mencari jawapan apa yang yg terjadi pada aku selama ini,baik atau buruk. Semoga,tuhan memperkenankan doa korang dan juga aku untuk menjadi orang berjaya selepas ber'uzlah. Insyaallah.. :-)




                                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan